Tips Buat Duit Paling Senang – Budak Sekolah Pun Boleh Buat

buat-duit-dengan-fiverr

Salam dan Selamat Sejahtera . Hari ni saya nak buat post mengenai satu Cara Buat Duit yang Paling Senang . Tak caya ke ? Kalau tak caya, jom baca . Confirm lepas ni anda semua dah boleh buat kuih duit dengan mudahnya 🙂

Oklah . Sebelum tu , biar saya terangkan serba sedikit mengenai cara buat duit ni . Ianya di panggil Fiverr. Fiverr ni adalah satu tempat di mana orang diseluruh pelusuk dunia boleh membeli dan menjual bermacam-macam jenis servis. Memang banyak servis yang ditawarkan di Fiverr . Kesemua servis kat sini bernilai $5 . Kalau duit Malaysia lebih kurang dalam RM15.

*kalau anda nak beli apa-apa servis kat Fiverr ni pun, tak ada masalah . 🙂 Tapi kat sini saya nak terangkan sikit cara untuk anda nak buat duit dengan mudahnya kat Fiverr ni .

Pendek cerita , cara untuk korang buat duit dengan Fiverr ni ialah anda boleh tawarkan APA SAHAJA YANG ANDA PANDAI BUAT !

Maknanya kat sini , kalau anda minat sangat menggunakan perisian photoshop , boleh tawarkan servis kat sini . Contohnya tawarkan servis design banner, header, dan lain-lain lagi.

Tak pun , kalau anda minat buat blog, anda boleh tawarkan servis buat blog . Dan apa sahaja yang anda minat , boleh tawarkan dalam ni . Confirm dapat duit .

Kalau anda kreatif , lagi best . Anda boleh buat sesuatu yang kreatif untuk tawarkan servis dalam ni . Yeee. Apa-apa sahaja servis anda boleh tawarkan dalam ni . Tak caya ke ? Hahaha . Kalau tak caya , teruskan baca yee .

buat duit dengan fiverr
Cuba tengok gambar kat atas ni . Penjual tersebut menggunakan kreativinya. Beliau menggunakan batang ais krim dan menggunakan tanah liat. Apa yang beliau akan buat adalah, hanya menyusun batang ais krim tersebut mengikut perkataan yang telah diberikan oleh pembeli, kemudian beliau akan mengambil gambar dan hantarkan gambar tersebut kepada pembeli. Gambar tersebut bukan dihantar menggunakan POS ya. Hanya hantar melalui attachment file sahaja.
Nampak tak? Semudah itu sahaja. Saya pasti anda juga kreatif. Apa lagi? Gunakan peluang yang ada oleh kerana pendapatan yang akan kita dapat adalah dalam nilai mata wang USD. Masyukkkk $$$$
Jika anda lihat gambar diatas, sudah ada 244 pembeli yang beli servis ni. So total pendapatan dia ialah lebih kurang 244 x $4 = $976 . Kalau di tukar dalam matawang Ringgit Malaysia adalah lebih kurang RM3904 .. Wowwww . Serius saya boleh katakan bahawa laman web Fiverr adalah tempat yang paling mudah untuk dapat anda buat duit. Budak sekolah pun boleh buat duit dengan Fiverr ni.

 

cara buat duit mudah
Atas ni pun kreatif juga. Dia menawarkan servis buat tulisan dalam sup. Unik kan ?
Ok . Itu adalah beberapa contoh yang saya ambil di Fiverr. Ada banyak lagi servis-servis yang menarik kat sana. Anda boleh daftar kat sana dan cuba tawarkan apa yang anda minat . Lamanweb ialah Fiverr.com . Sangat mudah nak buat duit kan .

Apa yang korang perlu buat ialah pergi ke lamanweb Fiverr , daftar , lepas tu tawarkan seseuatu mengikut kebolehan anda. Dan start lah buat duit 😀

*oleh kerana jual beli dalam Fiverr ni dalam nilai USD , maka anda perlulah mempunyai akaun Paypal untuk menerima duit USD ini . Setelah transfer duit dari Fiverr ke Paypal , maka barulah boleh transfer ke bank tempatan seperti Maybank , CIMB dan lain-lain. 🙂

Kalau anda rasa post ni bermanfaat, jangan lupa share ! Thanks 🙂

.

28 thoughts on “Tips Buat Duit Paling Senang – Budak Sekolah Pun Boleh Buat

  1. fushchia

    kalau ade orang order, kite kene buat then hantar kat org yg amik order ke? maknenye kite kene kuarkan duit utk buat order pastu dapat duit???!!!!

    Reply
  2. Amim

    No. Kita tak perlu keluarkan duit pun.

    Mereka akan bayar ke fiverr, then fiverr akan hold kan dulu duit bayaran tu . So kita kena siapkan dulu kerja tu dan hantar pada orang tu . Kemudian, baru lah fiverr akan bagi kita duit tu 🙂

    Kita just buat servis untuk mereka contohnya seperti yang saya ada tunjuk kat post atas ni , atau buat la apa2 hobi yang awak suka . You boleh tengok kat fiverr macam2 jenis servis mereka tawarkan .

    Reply
  3. Amim

    yup . hantar gambar je .
    bergantung la servis apa yang kita buat . kalau macam contoh kat atas yang saya tunjuk tu , dia akan hantar gambar . ada jugak , orang yang buat servis dalam bentuk video , so dia hantar video . kalau kita tawarkan servis design, kita hantar la design tu . 🙂

    Reply
  4. Amim

    ye . kita akan hantar hasil kerja kita tu pada pembeli . tapi bukan kat email diorang . tapi kat Order Page yang disediakan dalam fiverr tu nanti 🙂

    Reply
  5. fuschia

    emmm…dah fhm pown skrang.thanks a lot 4 information and thanks cause layan my question.sorry sbb banyak tanye hi…hi…thnks again.

    Reply
  6. fuschia

    nak tanya lagi boleh? nape kat situ ada tulis 'Title contains illegal characters' masa nak save gig yang baru buat? why why why…

    Reply
  7. Amim

    mungkin sebab ada tulis perkataan yang tak dibolehkan kat title tu. mungkin ada simbol atau apa2 yang lain. cuba ubah dan save balik.

    Reply
  8. Amim

    Aiman, yup. Akaun paypal tu kena register dan 18 tahun ke atas. kalau tak cukup umur, mungkin boleh guna akaun paypal ahli keluarga yang lain 🙂

    Reply
  9. ain

    slm hai nak tanya lah . bagaimana kita nak tahu yang kita dah dapat offer belum ? saya agak confius di situ

    Reply
    1. meetmie

      Salam.
      Fiverr akan hantar email jika ada order. Selain tu, kita juga boleh login kedalam Fiverr dan klik Dashboard, untuk lihat samada ada order atau tak.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *