Tart Nenas Unik – Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan

tart nenas unik

Seperti yang kita tahu, tart nenas sangat laris dijual pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Tetapi  ceritanya kali ni lain pula. Tart nenas istimewa ini sangat laku walaupun bukan musim perayaan. Kenapa ianya laku adalah kerana keunikannya dan diberi nama sebagai Tart Nenas bentuk buah-buahan.

Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan

Almost one year saya tidak aktif menulis di blog saya ni. Hajat dihati memang mahu kerap menulis disini tetapi akibat kekangan masa dengan menyibukkan diri dengan kerja yang lebih penting, maka blog ini terbiar begitu sahaja. Walau bagaimanapun, pada hari ini ingin saya kongsikan satu kisah atau pun dengan lebih tepat lagi ingin berkongsi pada anda semua mengenai sebuah produk yang tengah hangat naik dipasaran sekarang ini. Ianya adalah berkenaan sebuat makanan yang tidak asing lagi iaitu Tart Nenas.

Saya akan kongsikan dengan anda semua iaitu sebuah kisah seorang suri rumah yang dikenali sebagai Puan Yusnisah Mohd Yusar yang menjalankan perniagaan Tart Nenas Unik – Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan.
Ikuti temubual saya dengan beliau berkenaan perniagaan tart nenas ini dan juga perkembangan perniagaan yang beliau jalankan.
1. Perkenalkan diri secara ringkas dan perniagaan apa yang sedang dijalankan.
Saya, Yusnisah Mohd Yusar (36) ibu kepada 3 cahayamata lelaki. Saya sedang menjalankan perniagaan berasaskan ‘bakery’ & kraftangan perkahwinan seperti gubahan hantaran & doorgift. Di samping itu saya juga mengadakan kelas-kelas bakery secara kecil-kecilan di rumah kepada yang berminat untuk belajar produk-produk bakery yang saya hasilkan.
Yusnisah Mohd Yusar
2. Perniagaan apakah yang dijalankan oleh YMY Chocolicious & Crafts?
Secara umumnya saya menjalankan perniagaan berasaskan coklat & bakery di mana produk-produk tersebut saya jadikan untuk hantaran, doorgift & mengadakan kelas-kelas kepada yang berminat untuk mempelajari produk-produk yang saya hasilkan. Sebagai contoh ‘killer produk’ saya ketika ini adalah Tart Nenas Bentuk Buah-buahan di mana saya telah mempelajarinya sejak 3 tahun yang lalu & sehingga kini permintaan terhadap produk ini amat memberangsangkan selain produk-produk sedia ada. Saya juga menerima tempahan homemade coklat untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan dan untuk doorgift pelbagai majlis selain tempahan kek-kek perkahwinan. Dengan ringkasnya apa sahaja yang berkaitan dengan ‘bakery’ ada di YMY Chocolicious & Crafts 😉
tart nenas unik

Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan


3. Bagaimana mendapat idea untuk menjual tart nenas bentuk buah-buahan ini?

Saya sukakan sesuatu yang unik… Walaupun ianya sesuatu yang biasa, tapi saya suka mengolahnya menjadi lain dari yang lain. Oleh sebab itu, saya mencari seorang guru untuk mempelajari cara-cara membentuk tart nanas menjadi buah-buahan.  Hasil dari pembelajaran tersebut sejak 3 tahun yang lalu, tart nenas bentuk buah-buahan ini telah menjadi salah satu ‘killer produk’  YMY Chocolicious & Crafts. Dengan sedikit ilmu & pengalaman yang ada dalam bidang pembuatan cookies sejak lebih 15 tahun yang lalu, saya telah mengolah resepi tart nanas bentuk buah ini kepada yang lebih baik lagi & Alhamdulillah ianya diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan saya & pelanggan tetap kami dapat merasakan perbezaan resepi yang telah kami pertingkatkan kualitinya.

tart nenas bentuk buah-buahan
4. Selain menjual tart nenas dan coklat, apa lagi yang ditawarkan oleh YMY Chocolicious & Crafts?
Selain dari tart nanas & coklat, kami juga menawarkan kelas-kelas secara kecil-kecilan di rumah pada setiap hujung minggu. Selain itu, kami juga menerima tempahan kek-kek perkahwinan, pulut kuning perkahwinan, pelbagai jenis doorgift, hantaran dan yang terbaru kami ingin mencuba untuk meluaskan lagi perniagaan ini kepada Candy Buffet & Chocolate Fountain Service pula, Inshaa ALLAH.

coklat bentuk masjid
5. Apakah perkembangan semasa perniagaan YMY Chocolicious & Crafts?
Alhamdulillah, sejak saya menyertai Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial (ProDIMS), jualan produk-produk saya semakin memberangsangkan. Amat mengejutkan jualan Tart Nanas Bentuk Buah-buahan yang saya hasilkan telah mencecah kepada  hampir 5 angka pada Mac yang lalu iaitu setelah 4 bulan saya menyertai kelas ProDIMS. Dengan mempraktikkan segala tunjuk ajar & tips-tips yang sifu-sifu berikan, Alhamdulillah saya telah melihat hasilnya. Amat teruja sekali & sehingga kini, tempahan terumata sekali untuk Tart Nanas Bentuk Buah-buahan tak putus-putus…
6. Ada apa-apa perancangan yang lebih besar selepas ini?
Sebenarnya, perancangan awal saya 2015 nanti saya ingin membuka sebuah kedai bakery memandang kan permintaan terhadap produk saya semakin meningkat.  ‘Work space’ yg ada sekarang tidak dapat menampung lebih-lebih lagi bila tiba musim perkahwinan di mana tempahan-tempahan doorgift untuk tart nenas bentuk buah-buahan serta produk-produk yang lain meningkat berganda-ganda dari hari-hari biasa. Satu lagi perancangan saya, jika impian memiliki kedai belum tercapai, sekurang-kurangnya saya ingin menyewa booth atau kios di pusat membeli belah yang mempunyai kepadatan pengunjung tanpa mengira masa untuk memasarkan & memperkenalkan produk-produk cookies yang saya hasilkan di bawah jenama YMY Delight, Inshaa ALLAH

Kami mendoakan yang terbaik untuk Puan Yusnisah supaya perancangan tersebut berjaya dan semoga perniagaan yang dijalankan akan terus maju 😉

Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan

Puan Yusnisah
Telefon : 012-271 7622

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *