Tag Archives: umobile unlimited power

Terer Thursday Umobile

.

Harini saje boring-boring, nak kongsi pasal Terer Thursday Umobile. Rasanya pengguna uMobile mesti dah tahu tentang Terer Thursday ni kan. 🙂

Sebenarnya Terer Thursday Umobile ni adalah reward atau senang kata, ianya adalah hadiah kepada pengguna-pengguna umobile. Tak kisah la pengguna prepaid ke postpaid ke. Semua boleh dapat. Tapi…. ada syarat.

.

Syaratnya:

  1. Claim guna Apps Umobile saje. Bukan pergi kaunter ke pergi kedai ke. Haha
  2. Setiap hari Khamis sahaja. Dah nama pun terer THURSDAY umobile kan 🙂
  3. Sape cepat, dia dapat.

Tu je syaratnya. Syarat simple je kan. Hihihi.

.

Contoh Terer Thursday Umobile – 8 June 2017

Terer thursday kali ni, hadiahnya adalah 1 tiket percuma daripada GSC. GSC ni adalah Golden Screen Cinemas. Tiket wayang percuma. Boleh la tengok filem percuma nanti.

Kebetulan pulak family saya pun guna umobile jugak dan semua dapat claim terer thursday umobile ni. So kita boleh tengok wayang percuma satu family nanti. Hikhikhik.

tiket gsc percuma

Jangan suka sangat tau. Kalau korang pernah menunggu untuk claim hadiah terer thursday ni, bukan semudah yang disangka. Ada kalanya korang boleh dapat, ada kalanya korang tak dapat. Lagipun umobile dah bagi tahu tu, while stocks last. Bahasa melayu rojaknya, sape cepat dia dapat 😛

.

Tips simple nak dapat yang terawal:

  • Kebiasaannya, hadiah akan open untuk claim jam 8 pagi setiap hari khamis. Pastikan pukul 7:59am korang dah bersedia dah.
  • Pastikan internet korang ditahap yang paling laju.
  • Pastikan jari korang pantas untuk klik menu dalam tu. Maklumlah, kan dah bagitau sape cepat dia dapat. Jadi, kena pantas.
  • Pastikan korang bersabar sebab time ni aplikasi umobile ni agak jem sikit sebab ramai yang tengah berduyun-duyun nak claim jugak.
  • Kalau korang klik-klik, dan keluar popup katanya semua hadiah dah habis di claim, jangan hampa. Minggu depan kan ada lagi. Hehe

.

Kena download aplikasi umobile kat smartphone korang.

Jangan la tanya nak download aplikasi ni kat mana. Masuk je kat google play store dan app store, cari la dalam tu. PERCUMA je…..

umobile unlimited power

.

Antara Terer Thursday Umobile yang lepas

Ini adalah antara hadiah-hadiah yang lepas. Semua hadiah best-best.

terer thursday umobile

Kalau mengikut reward diatas, saya dapat claim kesemuanya kecuali Kenny Rogers. Huhu sedihnya. Dah la dapat ayam kenny rogers. Tak ada rezeki. Masa tu apps loading sampai kesudah.

.

Screenshot Aplikasi Umobile – Terer Thursday Umobile

terer thursday umobile apps

  1. Lepas masuk kedalam apps umobile, slide menu kat belah kiri tepi tu, dan klik Rewards & Promotions.
  2. Ada banner Terer Thursday kat bawah tu. Bergantung hadiah apa pada minggu tu, gambar banner tu akan menunjukkan apa yang korang bakal dapat. Kena klik kat banner tu.
  3. Lepas dah dapat claim, korang boleh tengok kat menu My Deal.
  4. Seterusnya, korang boleh tengok deal yang korang dapat tu, ada voucher code kat situ. So have fun!

Ok! Itu je saya nak kongsi untuk posting kali ni!

Terima kasih sebab baca.

.

So far, saya berpuas hati pakai umobile ni sebab kebetulan tempat tinggal saya ni coverage umobile memang laju. Kalau balik kampung (Sungai Besar, Selangor) masih lagi coverage laju. Saya ada jugak pakai talian daripada H******. Tapi sangat hampeh coverage kat rumah ni dan kat kampung. Sebab tu saya teruskan pakai umobile dan so far umobile banyak benefitnya dan tak menghampakan berbanding telco lain.

Baca juga : Buat Duit dengan Fiverr – Buat Duit USD

.