Tag Archives: surat untuk ibu

Happy Mother’s Day

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di seluruh Malaysia.. Tanpa ibu, siapalah kita. Hari ini, 09 Mei 2010, atau lebih tepat lagi pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei, adalah Hari Ibu di Malaysia. Ibu adalah segala-galanya. Kita hendaklah menghargai jasa-jasa ibu kita yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga dewasa. Hargailah pengorbanan & jasa mereka.
Apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan untuk mom kita? fikir
Sebenarnya, bukanlah wang ringgit, hadiah mahal-mahal atau apa pun.

Apa yg kita boleh bagi adalah seperti memberi kasih sayang kepada mereka supaya dapat membalas kasih sayang & mendoakan kesejahteraan mereka.

Selain tu, kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama. Ye la. Ada sesetengahnya, tinggal berasingan dengan ibu nya kerana kerja ditempat lain atau belajar. Jadi, bila dapat bersama-sama dengan mereka, mesti mereka gembira menatap wajah anaknya..

Jangan lupa juga mendoakan kebaikan untuk ibu & bapa juga.. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, hari ibu tahun ni tak dapat saya sambut untuk my mother kerana mom telah pun meninggal dunia pada bulan Februari lepas. sedih Sedih rasaya.. Kebiasaannya, pada hari ibu, saya akan peluk & cium & wish happy mothers day to my mom.. Tahun ni, tak dapat buat macam tu lagi.. Semoga mama di sana tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Aminn..

Hargailah ibu anda sementara mereka masih ada lagi..

surat untuk mama

Surat Untuk Mama Tersayang Kamariah (atau dikenali sebagai Hamiza)

 

Al-Fatihah untuk arwah mama saya yang telah menghadap Ilahi pada 7 Februari 2010 yang lepas. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Amin…

Nama : Kamariah Md. Yusof
Umur : 41 Tahun

surat untuk mama

Mama…..
Bosan rasanya hidup sekarang ni…..
Dah dua bulan mama pergi,
Rasanya baru semalam mama peluk Amim… hemm

Mama tau tak…..
Amim rindu sangat pelukan mama tu…
Amim tak tau pulak hari tu adalah hari terakhir mama peluk dan cium Amim…
Rupanya mama dah tau mama nak pergi jauh…..
Nak tinggalkan anak-anak mama dan tak nak balik lagi..

Seminggu sebelum mama pergi…..
Amim ingat lagi.. Amim tengah main laptop kat depan tv..
Mama datang dan usap kepala amim.. yang peliknya waktu tu
mama usap Amim lama sangat….
Amim pun pelik jugak sebab
mama tak pernah usap Amim lama macam tu..
rupa-rupanya barulah Amim perasan yang itu lah
kali terakhir mama usap Amim…

Mama.. dulu mama selalu kejut pagi-pagi masa Amim nak pegi kelas..
sekarang dah tak ade.. Amim bangun sendiri.. kadang-kadang lepas bangun,
Amim boleh menangis tiba-tiba sebab teringat kat mama…

Masa Amim nak pergi kelas,
salam tangan mama dan mama akan cium pipi Amim,
lepas tu mama tunggu kat pintu lambai Amim
dengan senyuman manis mama tu..
tapi sekarang dah tak ada semua tu…..

sebelum ni mama tunggu Amim balik dari kelas
sebab nak minum petang sama-sama…
biasanya, belum sempat Amim keluar dari kereta,
mama dah ada kat depan pintu tunggu Amim.
sekarang bila Amim balik, dah tak ada siapa kat pintu..
kadang-kadang tengah Amim drive balik, Amim tiba-tiba nangis
sebab Amim tau bila balik, mama dah tak ada kat pintu lagi….
teruk kan anak mama ni………

Mama…….
ingat tak masa tu,
Amim baru balik dari kelas.. tengah duduk, dan tak lama lepas tu,
mama mengadu kat Amim, bahu kanan mama tiba-tiba macam kena tolak..
mama kata sakit.. lepas tu mama cakap, perut mama pulak sakit..
tak lama lepas tu, mama dah terbaring sebelah Amim nangis-nangis..
Amim ingat lagi mama cakap:
Amim, tolong la mama.. perut mama sakit ni“..
masa tu Amim terkejut sebab mama tiba-tiba terbaring dan nangis-nangis..
Amim terus call abah masa tu.. lepas tu abah balik cepat-cepat..
mesti mama ingat lagi kan abah urut perut mama masa tu kann..kann..

abah ajak mama pergi hospital kan ma..
tapi mama tak nak sebab mama tak nak masuk wad..
tapi sakit perut mama tu tak baik-baik jugak sampai ke tengah malam…
akhirnya, jam 2 pagi, mama cakap mama dah tak larat..
mama ajak abah pergi hospital…

Time mama dalam ambulans, mesti mama perasan kan….
abah ada kat sebelah mama dalam ambulan..
Amim dalam kereta follow ambulan dari belakang…
mesti mama perasan semua tu kan maa…

Mama……
masa sampai kat wad Hospital Sungai Buloh,
kesian Amim tengok mama..
Muke mama nampak lesu je… Amim bukan tak nak jaga mama
kat wad.. tapi doktor suruh orang perempuan yang jaga…
jadi, kakak yang jaga mama masa tu..
Amim mintak maaf ye ma sebab tak dapat jaga masa kat wad tu…

Mama mesti ingat lagi kan esoknya,
Amim, Abah, adik-adik, sedara mara semua datang melawat mama tengahari tu kan…
Mama salam semua sedara mara kita kan.. Amim ingat lagi
PERKATAAN TERAKHIR yang keluar dari mulut mama:
Ramainya datang…(mama senyum masa tu)(sambil salam dgn sedara mara kita)’
Masa tu pun sejuk hati Amim tengok mama senyum..

Tapi maa..,
semua tu tak memberi kegembiraan kat Amim ma,
sebab beberapa saat lepas mama cakap macam tu,
lepas mama salam semua,
tanpa tanda apa-apa…mama terus ‘pergi’ meninggalkan kitorang semua yang baru je salam dengan mama…

Kalau mama perasan, Amim jerit panggil ‘Mama’ 3 kali…
Abah pulak jerit panggil doktor ma..
sedara mara kita semua kelam kabut dengan keadaan masa tu…
semua doktor pakar dari setiap tingkat hospital semua turun
nak bantu mama…

Lepas tu bila semua doktor sampai, doktor suruh semua ketepi..
Doktor tutup tirai kain kat katil mama….
Masa tu Amim dah tak dapat tahan…Amim terus nangis ma…
Semua menangis ma time tu… semua tak dapat tahan..
Ucu cuba pujuk Amim.. tapi Amim tak boleh tahan jugak….

Dah dua jam kitorang semua tunggu mama….
Akhirnya, semua doktor selesai dan diorang bukak semula tirai kain kt katil mama..
Bila Amim tengok, mama dah tak sedarkan diri…badan mama dipenuhi dengan wayar…
mulut, hidung, tangan, semua penuh dengan wayar masa tuu….
bantuan pernafasan semua doktor dah pasang….
Amim terus nangis lagi tak larat tgk keadaan mama macam tu….

masa tu, mama perasan takk..??
doktor nak jumpa abah?
masa doktor tengah cakap dengan abah, amim ada je kat sebelah abah sambil dengar doktor cakap..

mama pun tau kan abah susah nak nangis…
tapi bila satu perkataan yang doktor keluarkan dari mulut dia :
“puan dah tak dapat diselamatkan”
abah terus terduduk kat katil dan terus nangis..
Amim pun tak tahan ma time tu…..
mesti mama nampak semua tu kann…kann..kannn

Mama..
Masa kat masjid,
Sebelum muka mama ditutup buat selamanya… .
Semua anak-anak mama mengelilingi mama…
menatap wajah mama buat kali terakhir….
Mama rasa tak….
masa tu Amim cium dahi mama….
Air mata Amim dah tak boleh tahan….
tapi Amim cuba tahan supaya air mata Amim tak jatuh kt mama…

Jam 11 pagi mama diusung keluar dari masjid….
Amim dengan abah, angkat mama masuk ke dalam van jenazah..
time tu Amim asyik nangis je maa..

Hari-hari Amim lalui tanpa kewujudan mama lagi…
Begitu terasa kehilangan mama…
bila keluarkan gambar-gambar mama lepas tu apa lagi…
semakin Amim tenung terasa semakin sayu…

Mama nak tau tak, sekarang ni Amim cuma fikir yang mama masih ada.
Amim fikir mama pergi ke satu tempat yang jauh…. dan Amim menanti kepulangan mama…
sebab Amim masih tak percaya yang mama dah tak ada…
tapi selama mana Amim tunggu mama pun,
mama tak akan balik….Amim tauu…
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah Al-fatihah Amim berikan…..

Mama…..
Amim tengah dengar lagu ‘Anak Soleh’ dengan ‘Buatmu Ibu’ ni..
sambil tulis ni sambil dengar lagu tu…
Itu kan lagu favourite kita maa :’)
Mesti mama ingat lagi kan…
dah lebih 5 kali Amim ulang lagu yang sama ni…
Amim tengah nangis maa.. tak tau kenapa air mata ni tak nak berhenti…

Mama….
cukup la sampai sini dulu….
tak sedar pulak Amim jam dah pukul 5 pagi..
Sambil-sambil tu, Amim cari gambar-gambar lama mama…..
tiba-tiba sebak pulak hati ni masa tengok balik gambar-gambar mama….
Air mata Amim terus keluar….dah tak boleh tahan…

Mama, Amim cuma nak mama tahu,
walau macam mana kesedihan Amim ni,
sebenarnya Abah lah orang yang paling sedih sebenarnya…

surat untuk mama

mama dengan abah, I LOVE YOU.
Sampai sekarang Amim masih tak percaya Mama dah tinggalkan Amim..

 

puisi untuk mama

kali terakhir kita pergi jalan sama-sama ngan mama..
Amim rindu sangat time ni…

akhir kata untuk mama,
AMIM SAYANG MAMA SELAMANYA
terima kasih dah membesarkan Amim..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai sekarang…
Amim akan bersabar dengan apa yang dah berlaku..
Amim akan kuatkan semangat Amim..

sampai akhir hayat ini jasa mama tak akan mampu Amim balas..
surat ni untuk mama dan Amim akan simpan surat ni sampai bila-bila….

Sekian…

Semoga Mama ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.. Sesungguhnya, Ibu dan bapa lah yang banyak berkorban kepada kita… Hargai lah Ibu Bapa kita selagi mereka masih ada.. Biarlah mereka menegur dan menasihati kita walaupun kita tidak suka..Kerana apabila mereka tiada, tidak ada sesiapa lagi yang akan tolong memperbaiki diri kita melainkan diri sendiri.. Mereka yang sudah kehilangan orang tersayang akan tahu bagaimana rasanya kesedihan ini..