Tag Archives: motivasi pagi

Mana nak dapat motivasi?

 

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com.  Adakalanya kita nak tahu apa yang memberi kita motivasi. Apa yang motivated kan kita. Sebenarnya terpulang kepada kita, terpulang kepada anda. Sebenarnya waktu kita berbeza. Kadang-kadang kewangan menjadi motivasi kita. Kadang-kadang keluarga menjadi  motivasi kita. Kadang-kadang anak menjadi motivasi kita. Kadang-kadang ibu dan ayah menjadi motivasi kita.

Sebenarnya, apa yang boleh memotivasikan diri kita bergantung kepada diri kita sendiri. Contohnya masa muda-muda dulu mungkin duit, wang, atau material memberi kita motivasi. Tapi kalau sekarang kita dah ada anak-anak mungkin anak-anak ini memberi pencetus atau picu memberi kita motivasi.

motivasi_pantasSo, bergantung kepada kita apa keadaan yang memberikan motivasti kepada anda. Tetapi ada satu yang sering kita lupa adalah dalam diri kita sendiri. Apa yang kita sebut tadi adalah luaran, contohnya duit menjadi motivasi kita, mungkin daripada anak-anak, ataupun mungkin daripada suami ataupun isteri. Sama ada ibu ataupun ayah mampu memberi motivasi kepada kita. Tetapi yang paling penting sekali kepada kita adalah yang dalaman.

Dari segi dalaman adalah kita kena self-motivated. Kena boleh memotivasikan diri kita sendiri. Kita kena ada perasaan atau kemampuan. Kita kena jadi better than before. Kita perlu berkemampuan lebih baik daripada sebelum ini. Jadi, itu yang sebenarnya nombor satu yang akan menjadi motivasi kepada diri kita sendiri. Bukan saja yang luaran tetapi juga dalaman. Memanglah kalau kita lihat luaran, kadang-kadang kita fikir its more noble, lebih baik untuk kita lakukan untuk orang lain. Tetapi itu semua mungkin tak tercapai kalau diri sendiri tak mempunyai motivasi dalaman. Kita tidak mempunyai push dalaman untuk berubah.

The think at the end of the day apa yang boleh memotivasikan anda? Saya sendiri yang memberikan motivasi pantas pun bukannya boleh memotivasikan anda, selagi anda tidak mempunyai push anda sendiri untuk memperbaiki diri anda. Betul kan?

So, that’s why, macam mana kadang-kadang kita nak memotivasikan orang itu untuk berhenti merokok? Bagaimana kita nak memotivasikan orang itu untuk menurunkan berat badan? Bagaimana kita nak memotivasikan orang untuk memulakan perniagaan? Tak boleh jawapannya. Tetapi orang tersebut yang perlu memberi push kepada dirinya sendiri dalam dalaman dia sendiri. Jadi, dua-dua itu memang penting. Motivasi luaran penting, motivasi dalaman pun lagi penting.

Tetapi kita sering lupa yang motivasi dalaman itu yang membuatkan kita tak konsisten, kita hilang momentum dan kita selalu berhenti kat tengah jalan. So, lepas ni kita cari kat dalaman kita sendiri, apa yang memberi motivasi kepada diri kita sendiri sama ada luaran dan juga cuba cari dan cuba ciptakan push atau kekuatan dalam motivasi kita sendiri untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Dan di situlah usaha kita menjadi susah untuk kita hentikan. Tak kiralah, jatuh, turun, ataupun gagal. Tak kiralah apa halangan kita lalui, sebab motivasi dalaman ini kuat. Itu membuatkan langkah kita lebih jauh lagi.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan jangan  lupa sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Lawati di www.OpenEducation.com.my semua maklumat lanjut ada kat situ. Di mana saya dan juga krew saya membantu ramai usahawan-usahawan internet yang dah berjaya.

Sumber : MotivasiPantas.com