Tag Archives: irfan khairi

Mana nak dapat motivasi?

 

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com.  Adakalanya kita nak tahu apa yang memberi kita motivasi. Apa yang motivated kan kita. Sebenarnya terpulang kepada kita, terpulang kepada anda. Sebenarnya waktu kita berbeza. Kadang-kadang kewangan menjadi motivasi kita. Kadang-kadang keluarga menjadi  motivasi kita. Kadang-kadang anak menjadi motivasi kita. Kadang-kadang ibu dan ayah menjadi motivasi kita.

Sebenarnya, apa yang boleh memotivasikan diri kita bergantung kepada diri kita sendiri. Contohnya masa muda-muda dulu mungkin duit, wang, atau material memberi kita motivasi. Tapi kalau sekarang kita dah ada anak-anak mungkin anak-anak ini memberi pencetus atau picu memberi kita motivasi.

motivasi_pantasSo, bergantung kepada kita apa keadaan yang memberikan motivasti kepada anda. Tetapi ada satu yang sering kita lupa adalah dalam diri kita sendiri. Apa yang kita sebut tadi adalah luaran, contohnya duit menjadi motivasi kita, mungkin daripada anak-anak, ataupun mungkin daripada suami ataupun isteri. Sama ada ibu ataupun ayah mampu memberi motivasi kepada kita. Tetapi yang paling penting sekali kepada kita adalah yang dalaman.

Dari segi dalaman adalah kita kena self-motivated. Kena boleh memotivasikan diri kita sendiri. Kita kena ada perasaan atau kemampuan. Kita kena jadi better than before. Kita perlu berkemampuan lebih baik daripada sebelum ini. Jadi, itu yang sebenarnya nombor satu yang akan menjadi motivasi kepada diri kita sendiri. Bukan saja yang luaran tetapi juga dalaman. Memanglah kalau kita lihat luaran, kadang-kadang kita fikir its more noble, lebih baik untuk kita lakukan untuk orang lain. Tetapi itu semua mungkin tak tercapai kalau diri sendiri tak mempunyai motivasi dalaman. Kita tidak mempunyai push dalaman untuk berubah.

The think at the end of the day apa yang boleh memotivasikan anda? Saya sendiri yang memberikan motivasi pantas pun bukannya boleh memotivasikan anda, selagi anda tidak mempunyai push anda sendiri untuk memperbaiki diri anda. Betul kan?

So, that’s why, macam mana kadang-kadang kita nak memotivasikan orang itu untuk berhenti merokok? Bagaimana kita nak memotivasikan orang itu untuk menurunkan berat badan? Bagaimana kita nak memotivasikan orang untuk memulakan perniagaan? Tak boleh jawapannya. Tetapi orang tersebut yang perlu memberi push kepada dirinya sendiri dalam dalaman dia sendiri. Jadi, dua-dua itu memang penting. Motivasi luaran penting, motivasi dalaman pun lagi penting.

Tetapi kita sering lupa yang motivasi dalaman itu yang membuatkan kita tak konsisten, kita hilang momentum dan kita selalu berhenti kat tengah jalan. So, lepas ni kita cari kat dalaman kita sendiri, apa yang memberi motivasi kepada diri kita sendiri sama ada luaran dan juga cuba cari dan cuba ciptakan push atau kekuatan dalam motivasi kita sendiri untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Dan di situlah usaha kita menjadi susah untuk kita hentikan. Tak kiralah, jatuh, turun, ataupun gagal. Tak kiralah apa halangan kita lalui, sebab motivasi dalaman ini kuat. Itu membuatkan langkah kita lebih jauh lagi.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan jangan  lupa sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Lawati di www.OpenEducation.com.my semua maklumat lanjut ada kat situ. Di mana saya dan juga krew saya membantu ramai usahawan-usahawan internet yang dah berjaya.

Sumber : MotivasiPantas.com

 

Risiko perniagaan Internet?

 

Semua perniagaan mempunyai risiko. Sekurang-kurangnya kalau bukan risiko dari segi kewangan, risiko dari segi masa yang diluangkan juga sekiranya perniagaan tidak menjadi.

Usahawan perlu berani menghadapi risiko, namun, bukan menghadapi risiko membuta, tetapi juga perlu mempertimbangkan berbagai-bagai perkara sebelum mengambil risiko (calculated risk).

Perniagaan Internet juga tidak lari daripada menghadapi risiko. Namun, oleh kerana kos untuk memulakan perniagaan Internet adalah jauh lebih rendah daripada perniagaan yang memerlukan premis, risiko dapat dikurangkan terutamanya dari segi kos premis, sewa, renovation, overhead kedai dan lain-lain.

3 risiko

Antara risiko perniagaan Internet adalah…

1. Pesaingan yang tinggi

Oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah (lower barrier to entry), pesaing juga akan mudah memulakan perniagaan yang sama. Kini, dengan hanya mempunyai Facebook sahaja, sesiapa sahaja boleh memulakan pernaagaan di Internet.

Peniaga Internet perlu tahu teknik dan strategi cara menangani pesaing di Internet terutamanya dalam keadaan pesaing akan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

2. Teknologi Internet silih berganti

Teknologi Internet berkembang dengan pantas. Sebagai contoh, satu tahun yang lepas iklan tidak boleh diletakkan di Instagram. Kini, usahawan boleh meletakkan iklan di Instagram. Satu tahun yang lepas, live broadcasting belum lagi wujud di Facebook. Kini, setiap minggu saya menggunakan Facebook Live broadcasting untuk #TanyaIKLive.

Oleh kerana teknologi Internet silih berganti, ia juga merupakan risiko terutamanya untuk usahawan Internet yang tidak terkini dan up to date.

3. Risiko tidak mendapat sebarang pendapatan

Tentunya kegagalan perniagaan adalah risiko tersendri. Tidak semua perniagaan Internet akan terus berjaya. Juga terdapat pelbagai sebab kegagalan perniagaan, dan yang paling penting adalah ilmu dalam strategi perniagaan dan pemasaran media sosial di Internet.

Untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan Internet, usahawan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kaedah pemasaran perniagaan Internet seperti pemasaran Facebook, SEO, pemasaran email, laman web, blog dan lain-lain.

Dengan mengetahui lebih banyak kaedah, maka, lebih banyak cara boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet di samping mengelakkan sebarang risiko perniagaan online!

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Aisyah di 03-77292277.

*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.

girls

Artikel daripada Blog Irfan Khairi

 

Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan

Dapatkan buku terbaru dari Dr. Irfan Khairi yang bertajuk
Nota Jutawan Nota Perniagaan
NOTA JUTAWAN NOTA PERNIAGAAN
Saya dah dapatkan buku nie. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik ..

for more information, please visit http://www.irfankhairi.com/

“Impian” U-Mobile

impian umobile

Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Aha !! Hari sabtu ni saya akan ke majlis pelancaran “Impian” U-Mobile. Yang menariknya, IRFAN KHAIRI adalah duta program perniagaan U-Mobile bernama “Impian”. So, nantikan apakah “Impian” U-Mobile.

Next day , Ahad (26hb Oktober 2008 di Hotel J.W. Marriott, KL) , saya akan menghadiri pula Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan oleh jutawan Internet muda Irfan Khairi. Memang dah lama sangat teringin nak jumpa my idola IRFAN KHAIRI.. Semoga workshop ini memberi banyak manfaat kepada saya .. Aamin ..

.