Amim Najmie? Siapa tu? – Amim Blog

amim najmieAmim Najmie ?

Amim Najmie atau nama sebenar Hamim Nazmie Bin Hamdan adalah anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 23 April 1990 di Sungai Besar, Selangor. Di internet, lebih dikenali dengan nama Amim Najmie.

Berumur 30 27 tahun pada 2017. Kini sedang menetap bersama awek family di Kuala Selangor. Sudah berkahwin dan insyaAllah akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Selepas SPM, pernah bekerja sebagai seorang Jurupam di Petronas tempat tinggal saya. Beberapa bulan kemudian, saya ditugaskan pula untuk menjadi cashier di stesen minyak tersebut.

Saya adalah salah seorang pelajar kolej di Bostonweb College dan mengambil jurusan Diploma In Information Technology – Networking (CCNA).

Sebelum ini bekerja di Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) dari tahun 2012 sehingga Januari 2017 sebagai Head Trainer dan tugas saya adalah mengajar mereka yang mahu menjalankan perniagaan di internet. Dengan ilmu perniagaan internet sejak 2008 lagi, saya menggunakannya untuk berkongsi pengalaman kepada mereka yang menyertai program di IKSB iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Sejak 2008 lagi, sudah banyak kali saya menempuh jatuh bangun dalam dunia perniagaan internet. Oleh kerana abah dan mama yang sentiasa menyokong, saya masih berdiri sekarang ini. Mereka banyak memberi dorongan kepada saya sejak mula lagi.

Kini, saya fokus menjalankan perniagaan internet dari rumah secara sepenuh masa. Dan dalam masa yang sama, sedang giat membangunkan beberapa projek khas untuk memudahkan usahawan internet.

Berkemahiran dalam pembinaan laman web, blogging, reka bentuk grafik, media sosial marketing, dan apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan internet.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada saya, boleh hubungi saya melalui facebook. Saya juga menawarkan servis seperti personal coaching terus kerumah anda.

Aktif di kebanyakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan Google Plus.

Semoga dengan perkongsian maklumat di dalam blog ini, dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui mana-mana media sosial.

Nak kenal saya lagi? Pergi ke GOOGLE dan search : Amim Najmie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *