Buat Duit dengan Fiverr – Buat Duit USD

Buat Duit dengan Fiverr

Ini adalah artikel pertama saya di blog Buat Duit USD ini. Untuk artikel ini, izinkan saya untuk berkongsi pengalaman mengenai Cara Buat Duit Dengan Fiverr.

Mungkin ini adalah pertama kali anda mendengar perkataan Fiverr. Dan mungkin ini juga adalah pertama kali anda mengetahui tentang Fiverr.

Untuk pengetahuan anda, Buat Duit dengan Fiverr adalah cara paling mudah untuk buat duit di internet. Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai Fiverr di perenggan berikutnya.

Fiverr adalah sebuah laman web atau platform yang menyediakan kemudahan untuk sesiapa sahaja diseluruh dunia untuk menjual atau menawarkan sebarang servis dengan kadar harga dari 5 US Dollar atau bersamaan dengan RM20. Sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh menawarkan atau membeli segala servis yang ada di Fiverr.

buat_duit_dengan_fiverr

Buat Duit dengan Fiverr

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang servis seperti servis mereka cipta logo, servis menulis artikel, servis membuat video dan lain-lain lagi dengan harga yang super duper murah, anda boleh dapatkan di Fiverr kerana harganya adalah jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Selain itu, anda bukan sahaja boleh membeli dengan harga yang murah. Malah, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan dalam US Dollar dengan menawarkan apa sahaja servis yang anda mampu lakukan dengan bayaran 5 US Dollar.

Menarik bukan? 😉

Jadinya sekarang, anda sudah tahu apa itu Fiverr. Saya akan terangkan lagi bagaimana caranya untuk anda juga turut serta Buat Duit dengan Fiverr ini. Apa yang boleh saya katakan, Fiverr adalah tempat paling mudah untuk anda menjana pendapatan dalam USD. Dan yang paling menarik sekali adalah, budak-budak sekolah juga boleh buat duit melalui laman web Fiverr ini. Ini menunjukkan bahawa Fiverr ini adalah sebuah lubuk buat duit online yang paling mudah sekali.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, anda perlu fikirkan servis apakah yang anda perlu tawarkan kepada bakal pelanggan dari seluruh dunia.

Disini, saya akan berikan beberapa contoh servis yang telah ditawarkan oleh penjual-penjual di Fiverr.

buat-duit-usd

Seperti contoh diatas, penjual ini menawarkan servis menulis artikel sehingga 500 patah perkataan dengan kadar bayaran 5 USD atau bersamaan +- RM20.

Lihat sahaja disebelah kanan ada tertera angka berjumlah 14995 Buyer Reviews. Ini bermaksud penjual ini telah pun Buat Duit dengan Fiverr dengan mendapat pembeli seramai 14k. Jika kita congak anggaran pendapatannya adalah lebih kurang RM239 920.00

Ini baru satu servis sahaja yang beliau tawarkan. Andaikan jika ada 10 servis lain? Berapa pendapatan beliau?

Bagaimana pula jika anda tiada kemahiran seperti menulis artikel, mencipta logo, mereka bentuk grafik, dan lain-lain lagi? Jangan risau…. ini bukan bermakna anda tidak boleh Buat Duit dengan Fiverr.. Kerana jika anda ada sebarang idea, kemahiran atau hobi, anda juga boleh tawarkan servis tersebut didalam Fiverr ini. Di Fiverr, terdapat ramai pembeli yang dahagakan segala macam servis walaupun servis yang pelik-pelik.

Tak caya? Mari kita lihat contoh dibawah:

fiverr-tips

Penjual diatas menawarkan servis dimana beliau akan menggunakan spaghetti dengan menyusun huruf mengikut pilihan pembeli. Sebagai contoh, jika saya mahu tulisan Buat Duit dengan Fiverr, beliau akan menyusun spaghetti tersebut dengan tulisan yang saya mahukan, dan seterusnya beliau akan mengambil gambar dan berikan gambar tersebut melalui attachment file diruangan order yang disediakan oleh Fiverr.

Semudah itu kan? Contoh lain :

buat-duit-dengan-fiverr

Jika anda kreatif seperti beliau, apa kata anda tawarkan servis seperti itu? Mungkin juga anda boleh gunakan duit syiling dan gunakan kreativiti anda 😉

Untuk bermula, anda pergi ke lamanweb Fiverr iaitu www.fiverr.com

Daftarkan akaun anda. Jangan risau, ia adalah PERCUMA dan tiada caj pendaftaran dikenakan. Pastikan anda tidak lupa untuk membaca terma dan syarat yang ditetapkan oleh Fiverr supaya anda tidak melanggar sebarang syarat yang mereka letakkan. Jika anda membuat perkara yang tidak dibenarkan, akaun Fiverr anda akan dibatalkan dan kemungkinan untuk anda dapatkan kembali akaun tersebut amatlah mustahil. Pastikan anda baca FAQ, dan sebarang terma dan syarat yang diberikan.

Oleh kerana anda akan menerima bayaran dalam nilai USD, adalah amat penting dan WAJIB untuk anda ada akaun PAYPAL. Anda boleh daftar akaun PayPal anda secara PERCUMA sahaja. Untuk mendaftar, sila pergi ke laman web www.PayPal.com

InsyaAllah, dimasa akan datang, saya akan kupas lebih lanjut lagi cara untuk anda daftar akaun PayPal dan cara untuk daftar akaun Fiverr.

Sumber : Buat Duit dengan Fiverr – Buat Duit USD

 

Tart Nenas Unik – Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan

tart nenas unik

Seperti yang kita tahu, tart nenas sangat laris dijual pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Tetapi  ceritanya kali ni lain pula. Tart nenas istimewa ini sangat laku walaupun bukan musim perayaan. Kenapa ianya laku adalah kerana keunikannya dan diberi nama sebagai Tart Nenas bentuk buah-buahan.

Continue reading