Happy Mother’s Day

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di seluruh Malaysia.. Tanpa ibu, siapalah kita. Hari ini, 09 Mei 2010, atau lebih tepat lagi pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei, adalah Hari Ibu di Malaysia. Ibu adalah segala-galanya. Kita hendaklah menghargai jasa-jasa ibu kita yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga dewasa. Hargailah pengorbanan & jasa mereka.
Apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan untuk mom kita? fikir
Sebenarnya, bukanlah wang ringgit, hadiah mahal-mahal atau apa pun.

Apa yg kita boleh bagi adalah seperti memberi kasih sayang kepada mereka supaya dapat membalas kasih sayang & mendoakan kesejahteraan mereka.

Selain tu, kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama. Ye la. Ada sesetengahnya, tinggal berasingan dengan ibu nya kerana kerja ditempat lain atau belajar. Jadi, bila dapat bersama-sama dengan mereka, mesti mereka gembira menatap wajah anaknya..

Jangan lupa juga mendoakan kebaikan untuk ibu & bapa juga.. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, hari ibu tahun ni tak dapat saya sambut untuk my mother kerana mom telah pun meninggal dunia pada bulan Februari lepas. sedih Sedih rasaya.. Kebiasaannya, pada hari ibu, saya akan peluk & cium & wish happy mothers day to my mom.. Tahun ni, tak dapat buat macam tu lagi.. Semoga mama di sana tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Aminn..

Hargailah ibu anda sementara mereka masih ada lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *