akad-nikah

[Gambar] Majlis Pernikahan Amim Najmie & Siti Faridah

 

Baru-baru ni iaitu 18hb November 2016 berlangsungnya majlis akad nikah saya yang bertempat di rumah pihak pengantin perempuan di Sungai Besar, Selangor. ( Kampung saya jugak tu 😉 )

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar 😉

nikah rombongan pihak lelakiBergambar bersama Atuk dan Embah, Sepupu dan Saudara Mara.

hantaran 2016

Kalau ikutkan hati, nak je upload semua gambar kat Facebook, tapi banyak sangat gambar. Nanti takut ramai orang rimas 😛

Jadi, apa guna ada blog kalau tak digunakan. Betul tak? Lagipun dah lama tak buat posting dalam blog berhabuk ni. Jom tengok gambar sekitar majlis akad nikah saya.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis akad nikah tersebut. Cekidot! 😀

adik-dan-sepupu

live-nikah

Oh ya, majlis pernikahan saya juga ada secara live streaming. Lol 😛

Boleh tengok kat sini : https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158609297507453/ dan kat sini: https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158622920839424/

majlis-nikah

doa-selepas-nikah

bernikah

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Berdebar? Gemuruh? Ada la sikit. Bohong la kalau siapa yang kata tak berdebar kan??

sarung-cincin

nikah

majlis-pernikahan

Bersama Isteri, Siti Faridah Binti Mhd Amin.

 

keluarga-lelaki

pengantin-sebelah-lelaki

Bersama Family saya.

 

keluarga-pengantin-perempuan

Bersama Family sebelah perempuan.

 

sepupu-sepapat

Bersama adik perempuan, dan juga sepupu.

 

Ada banyak lagi moment-moment yang mahu dikongsi. Tapi cukup la tu je dulu. Kalau rajin, nanti akan update lagi ok 😛

Now, kita cuci mata pulak dengan dulang hantaran ya. Total kesemua dulang hantaran adalah 9 berbalas 7. Ke nak sebut 7 berbalas 9? Entah la. Mana-mana pun sama je kan?

Gubahan hantaran yang lawa superb malatop ni adalah hasil tangan dari Puan Yusnisah Mohd Yusar, pengasas YMY Chocolicious & Crafts. Memang tak boleh disangkal lagi, hasil kerja semua malatop. Dari makanan, gubahan, segala benda. Fuhhh.. Memang cair.

Jom cuci mata sikit. Tapi saya tak upload semua gambar. Ada masa, saya upload semuanya ok. So kat bawah ni adalah beberapa dulang hantaran untuk majlis pernikahan kami.
hantaran

kasut-hantaran

hantaran-perkahwinan

alquran-digital

barang-hantaran

dulang-hantaran

dulang

set-mandian-hantaran

kain-hantaran

set-hantaran

set-sugar-box

Macam mana? Dah cuci mata ke? 😀

Macam biasalah. Outdoor photography mana boleh terlepas.

outdoor-photography

photoshoot

photography

Semua gambar super duper semasa majlis pernikahan saya ni, diambil dan ditangkap oleh saudara Mark Rizam. Hasilnya memang sangat puas hati. Tengok jela semua gambar yang saya kongsikan dalam posting ni, memang superb. Bak kata orang, “Memang terbaik dari ladang”.

 

 

Ramai juga yang bertanya, macam mana kenal?

Jawapannya, sejak dibangku sekolah rendah lagi. Ops!. Hahaha. Kami adalah rakan sekelas sejak dari darjah 5 lagi. Tak de cintan cintun ya masa tu. Cuma kawan rapat je 😛

Alhamdulillah, mungkin jodoh sudah ditentukan, akhirnya kami dijodohkan juga pada 18 November 2016.

Semoga hubungan kami ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn…. 🙂

 

One thought on “[Gambar] Majlis Pernikahan Amim Najmie & Siti Faridah

  1. Hazwan Hamdan

    Tahniah abang Amim dan kak Faridah. Semoga kekal bahagia dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. Maaf tak dapat hadir. Kerana sibuk menjaga tanah air Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan keluarga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *