Category Archives: santai

Terer Thursday Umobile

.

Harini saje boring-boring, nak kongsi pasal Terer Thursday Umobile. Rasanya pengguna uMobile mesti dah tahu tentang Terer Thursday ni kan. 🙂

Sebenarnya Terer Thursday Umobile ni adalah reward atau senang kata, ianya adalah hadiah kepada pengguna-pengguna umobile. Tak kisah la pengguna prepaid ke postpaid ke. Semua boleh dapat. Tapi…. ada syarat.

.

Syaratnya:

  1. Claim guna Apps Umobile saje. Bukan pergi kaunter ke pergi kedai ke. Haha
  2. Setiap hari Khamis sahaja. Dah nama pun terer THURSDAY umobile kan 🙂
  3. Sape cepat, dia dapat.

Tu je syaratnya. Syarat simple je kan. Hihihi.

.

Contoh Terer Thursday Umobile – 8 June 2017

Terer thursday kali ni, hadiahnya adalah 1 tiket percuma daripada GSC. GSC ni adalah Golden Screen Cinemas. Tiket wayang percuma. Boleh la tengok filem percuma nanti.

Kebetulan pulak family saya pun guna umobile jugak dan semua dapat claim terer thursday umobile ni. So kita boleh tengok wayang percuma satu family nanti. Hikhikhik.

tiket gsc percuma

Jangan suka sangat tau. Kalau korang pernah menunggu untuk claim hadiah terer thursday ni, bukan semudah yang disangka. Ada kalanya korang boleh dapat, ada kalanya korang tak dapat. Lagipun umobile dah bagi tahu tu, while stocks last. Bahasa melayu rojaknya, sape cepat dia dapat 😛

.

Tips simple nak dapat yang terawal:

  • Kebiasaannya, hadiah akan open untuk claim jam 8 pagi setiap hari khamis. Pastikan pukul 7:59am korang dah bersedia dah.
  • Pastikan internet korang ditahap yang paling laju.
  • Pastikan jari korang pantas untuk klik menu dalam tu. Maklumlah, kan dah bagitau sape cepat dia dapat. Jadi, kena pantas.
  • Pastikan korang bersabar sebab time ni aplikasi umobile ni agak jem sikit sebab ramai yang tengah berduyun-duyun nak claim jugak.
  • Kalau korang klik-klik, dan keluar popup katanya semua hadiah dah habis di claim, jangan hampa. Minggu depan kan ada lagi. Hehe

.

Kena download aplikasi umobile kat smartphone korang.

Jangan la tanya nak download aplikasi ni kat mana. Masuk je kat google play store dan app store, cari la dalam tu. PERCUMA je…..

umobile unlimited power

.

Antara Terer Thursday Umobile yang lepas

Ini adalah antara hadiah-hadiah yang lepas. Semua hadiah best-best.

terer thursday umobile

Kalau mengikut reward diatas, saya dapat claim kesemuanya kecuali Kenny Rogers. Huhu sedihnya. Dah la dapat ayam kenny rogers. Tak ada rezeki. Masa tu apps loading sampai kesudah.

.

Screenshot Aplikasi Umobile – Terer Thursday Umobile

terer thursday umobile apps

  1. Lepas masuk kedalam apps umobile, slide menu kat belah kiri tepi tu, dan klik Rewards & Promotions.
  2. Ada banner Terer Thursday kat bawah tu. Bergantung hadiah apa pada minggu tu, gambar banner tu akan menunjukkan apa yang korang bakal dapat. Kena klik kat banner tu.
  3. Lepas dah dapat claim, korang boleh tengok kat menu My Deal.
  4. Seterusnya, korang boleh tengok deal yang korang dapat tu, ada voucher code kat situ. So have fun!

Ok! Itu je saya nak kongsi untuk posting kali ni!

Terima kasih sebab baca.

.

So far, saya berpuas hati pakai umobile ni sebab kebetulan tempat tinggal saya ni coverage umobile memang laju. Kalau balik kampung (Sungai Besar, Selangor) masih lagi coverage laju. Saya ada jugak pakai talian daripada H******. Tapi sangat hampeh coverage kat rumah ni dan kat kampung. Sebab tu saya teruskan pakai umobile dan so far umobile banyak benefitnya dan tak menghampakan berbanding telco lain.

Baca juga : Buat Duit dengan Fiverr – Buat Duit USD

.

Majlis-Perkahwinan-amim-najmie

Majlis Perkahwinan Amim Najmie & Siti Faridah

 

Alhamdulillah. 26hb November 2016 selesai majlis perkahwinan saya, Amim Najmie bersama pasangan iaitu Siti Faridah Mhd Amin. Majlis kami berlangsung di Sungai Besar, Selangor iaitu di rumah sebelah pengantin perempuan.

Untuk melihat Majlis pernikahan kami, klik sini.

kad kawin

Maaflah sebab baru je update gambar-gambar ni setelah 2 bulan selepas majlis. Huhu. Almaklumlah, super duper busy yang teramat sangat semenjak dua menjak ni.

Kat facebook pun sempat upload sikit-sikit je. So harini ada masa sikit untuk update kat blog, jadi saya sharekan gambar-gambar terindah di majlis perkahwinan saya dalam blog ni.

Dikesempatan ni jugak, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara, kawan-kawan, dan sesiapa sahaja yang telah meringankan kaki dan meluangkan masa untuk join majlis perkahwinan saya. Hehe 😉 Sanggup datang dari jauh, meredah jalan jemm. Thank you so much.

Seperti biasa, tak dapat masukkan semua gambar sebab terlalu banyak. Jadi, saya ambil mana-mana gambar secara rawak saje ye. Kalau nak upload semua, total ada 1000+ gambarnya. Jangan tak caya. Ni semua kerja photographer professional yang kami tempah. Sangat puas hati. Kami bagi 11 per 10 bintang!! 😉

hantaran perkahwinanSebahagian daripada saudara-mara dan kawan-kawan.

 

gubahan hantaran

katering kahwin

checklist perkahwinanBersama pengapit hensem Afi Azri dan pengapit cantik Siti Zulaikha. Thanks guys 😉

 

majlis kahwinBersama my lovely family. Adik Navy tak dapat join sebab berada di tengah lautan menjalankan tugas demi negara kita yang tercinta. No problem 😉

 

catering services in klBersama Abah tercinta. 🙂

 

kad kahwinBersama Abah dan Mak sebelah perempuan 🙂

 

caterer in klBersama keluarga sebelah pengantin perempuan. 🙂

 

pelamin dewanBersama Embah, Paman Mamat & Bik Lin sekeluarga, Bik Nor sekeluarga, Cik Roza.

 

foto fotoBersama Embah dan Wak Wah sekeluarga.

 

busana pengantin muslimBersama Kak Yusnisah sekeluarga.

 

tema perkahwinanBersama Nadhirah, Nurfarahin, dan Amirul Wafiy 😉

 

kahwin mudaBersama adik-beradik sebelah abah. Cik Ti sekeluarga, Cik Jah sekeluarga, Mak Long, Ucu sekeluarga dan Kak Wa sekeluarga.

 

malaysian weddingBersama adik-beradik sebelah Abah. Along sekeluarga, Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang.

 

pelamin modenBersama my family angkat 😉 Thanks Mama sekeluarga datang dari Rasa, Rawang.

 

baju pengantin jawaThanks kengkawan sekolah rendah, SK Simpang Lima, Sungai Besar.

 

hantaran simplei kahwin selangorThanks juga pada Kawan-kawan sekerja daripada Irfan Khairi Sdn. Bhd.

 

catering kuala lumpur

sample kad kahwin

design baju pengantin

 

Bersama dayang-dayang yang diimport khas. Kakak, adik, sepupu dan kawan-kawan kakak 😉 Pakaian dayang-dayang disponsor khas oleh my Kakak, Nadia Hazwany. Thank you so much! 🙂

kursus fotografi

catering services

teknik fotografi

banner kahwin

mini pelamin

kek kahwin

kek pengantin

 

 

Selesai majlis perkahwinan kami lebih kurang jam 5 petang, kami teruskan dengan aktiviti photoshoot outdoor. 😉

Dimana lokasi outdoor kami? Dekat je. Iaitu di Pantai Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. 5 minit je dari rumah pengantin perempuan.mas kahwin

catering selangor

design hantaran

kad perkahwinan

album kahwin

baju pengantin muslim

catering shah alam

butik pengantin

wedding catering

kad jemputan

majlis perkahwinan

door gift kahwin

katering show

fotografi perkahwinan

design kad kahwin

checklist kahwin

Semua moment-moment terindah ini adalah hasil tangan dari abam Mark Rizam daripada fotokahwinexpress.my. Sangat puas hati!! Sesiapa yang nak tempah servis beliau, boleh la klik link yang saya berikan tadi ya. Confirm tak menyesal! 😉

Ok itu saje yang saya nak share untuk posting kali ni. Moga berjumpa lagi.

akad-nikah

[Gambar] Majlis Pernikahan Amim Najmie & Siti Faridah

 

Baru-baru ni iaitu 18hb November 2016 berlangsungnya majlis akad nikah saya yang bertempat di rumah pihak pengantin perempuan di Sungai Besar, Selangor. ( Kampung saya jugak tu 😉 )

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar 😉

nikah rombongan pihak lelakiBergambar bersama Atuk dan Embah, Sepupu dan Saudara Mara.

hantaran 2016

Kalau ikutkan hati, nak je upload semua gambar kat Facebook, tapi banyak sangat gambar. Nanti takut ramai orang rimas 😛

Jadi, apa guna ada blog kalau tak digunakan. Betul tak? Lagipun dah lama tak buat posting dalam blog berhabuk ni. Jom tengok gambar sekitar majlis akad nikah saya.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis akad nikah tersebut. Cekidot! 😀

adik-dan-sepupu

live-nikah

Oh ya, majlis pernikahan saya juga ada secara live streaming. Lol 😛

Boleh tengok kat sini : https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158609297507453/ dan kat sini: https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158622920839424/

majlis-nikah

doa-selepas-nikah

bernikah

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Berdebar? Gemuruh? Ada la sikit. Bohong la kalau siapa yang kata tak berdebar kan??

sarung-cincin

nikah

majlis-pernikahan

Bersama Isteri, Siti Faridah Binti Mhd Amin.

 

keluarga-lelaki

pengantin-sebelah-lelaki

Bersama Family saya.

 

keluarga-pengantin-perempuan

Bersama Family sebelah perempuan.

 

sepupu-sepapat

Bersama adik perempuan, dan juga sepupu.

 

Ada banyak lagi moment-moment yang mahu dikongsi. Tapi cukup la tu je dulu. Kalau rajin, nanti akan update lagi ok 😛

Now, kita cuci mata pulak dengan dulang hantaran ya. Total kesemua dulang hantaran adalah 9 berbalas 7. Ke nak sebut 7 berbalas 9? Entah la. Mana-mana pun sama je kan?

Gubahan hantaran yang lawa superb malatop ni adalah hasil tangan dari Puan Yusnisah Mohd Yusar, pengasas YMY Chocolicious & Crafts. Memang tak boleh disangkal lagi, hasil kerja semua malatop. Dari makanan, gubahan, segala benda. Fuhhh.. Memang cair.

Jom cuci mata sikit. Tapi saya tak upload semua gambar. Ada masa, saya upload semuanya ok. So kat bawah ni adalah beberapa dulang hantaran untuk majlis pernikahan kami.
hantaran

kasut-hantaran

hantaran-perkahwinan

alquran-digital

barang-hantaran

dulang-hantaran

dulang

set-mandian-hantaran

kain-hantaran

set-hantaran

set-sugar-box

Macam mana? Dah cuci mata ke? 😀

Macam biasalah. Outdoor photography mana boleh terlepas.

outdoor-photography

photoshoot

photography

Semua gambar super duper semasa majlis pernikahan saya ni, diambil dan ditangkap oleh saudara Mark Rizam. Hasilnya memang sangat puas hati. Tengok jela semua gambar yang saya kongsikan dalam posting ni, memang superb. Bak kata orang, “Memang terbaik dari ladang”.

 

 

Ramai juga yang bertanya, macam mana kenal?

Jawapannya, sejak dibangku sekolah rendah lagi. Ops!. Hahaha. Kami adalah rakan sekelas sejak dari darjah 5 lagi. Tak de cintan cintun ya masa tu. Cuma kawan rapat je 😛

Alhamdulillah, mungkin jodoh sudah ditentukan, akhirnya kami dijodohkan juga pada 18 November 2016.

Semoga hubungan kami ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn…. 🙂

 

Dapat 2 Tiket Percuma MTV WORLD STAGE 2011

Yaeay… Dapat 2 tiket Percuma ke MTV WORLD STAGE 2011 Live in Malaysia Di i-City, Shah Alam pada 24hb Julai 2011 Ahad ni.. 🙂


Alhamdulillah.. Dapat lagi tiket percuma. Selalunya dapat untuk tiket filem.. Kali ni dapat tiket percuma untuk Konsert pulak.. Dapat tiket ni sebab masuk peraduan lagi.. Hehehe. Kali ni peraduan ni dianjurkan oleh Budiey.com. Terima kasih budiey 🙂

MTV WORLD STAGE 2011 ni bermula jam 8 malam. Artis yang akan membuat persembahan ialah Thirty Seconds To Mars, Neon Trees, Beast dan Pop Shuvit.

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada budiey dan i-city Shah Alam… 🙂

30 Seconds To Mars

Beast

Pop Shuvit

Neon Trees

.