Author Archives: Amim Najmie

About Amim Najmie

Amim Najmie adalah seorang blogger sepenuh masa dan berpengalaman dalam bidang perniagaan internet sejak dari tahun 2008.

Majlis-Perkahwinan-amim-najmie

Majlis Perkahwinan Amim Najmie & Siti Faridah

 

Alhamdulillah. 26hb November 2016 selesai majlis perkahwinan saya, Amim Najmie bersama pasangan iaitu Siti Faridah Mhd Amin. Majlis kami berlangsung di Sungai Besar, Selangor iaitu di rumah sebelah pengantin perempuan.

Untuk melihat Majlis pernikahan kami, klik sini.

kad kawin

Maaflah sebab baru je update gambar-gambar ni setelah 2 bulan selepas majlis. Huhu. Almaklumlah, super duper busy yang teramat sangat semenjak dua menjak ni.

Kat facebook pun sempat upload sikit-sikit je. So harini ada masa sikit untuk update kat blog, jadi saya sharekan gambar-gambar terindah di majlis perkahwinan saya dalam blog ni.

Dikesempatan ni jugak, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhinggaĀ kepada semua saudara mara, kawan-kawan, dan sesiapa sahaja yang telah meringankan kaki dan meluangkan masa untuk join majlis perkahwinan saya. Hehe šŸ˜‰ Sanggup datang dari jauh, meredah jalan jemm. Thank you so much.

Seperti biasa, tak dapat masukkan semua gambar sebab terlalu banyak. Jadi, saya ambil mana-mana gambar secara rawak saje ye. Kalau nak upload semua, total ada 1000+ gambarnya. Jangan tak caya. Ni semua kerja photographer professional yang kami tempah. Sangat puas hati. Kami bagi 11 per 10 bintang!! šŸ˜‰

hantaran perkahwinanSebahagian daripada saudara-mara dan kawan-kawan.

 

gubahan hantaran

katering kahwin

checklist perkahwinanBersama pengapit hensem Afi Azri dan pengapit cantik Siti Zulaikha. Thanks guys šŸ˜‰

 

majlis kahwinBersama my lovely family. Adik Navy tak dapat join sebab berada di tengah lautan menjalankan tugas demi negara kita yang tercinta. No problem šŸ˜‰

 

catering services in klBersama Abah tercinta. šŸ™‚

 

kad kahwinBersamaĀ Abah dan MakĀ sebelah perempuan šŸ™‚

 

caterer in klBersama keluarga sebelah pengantin perempuan. šŸ™‚

 

pelamin dewanBersama Embah, Paman MamatĀ & Bik Lin sekeluarga, Bik Nor sekeluarga, Cik Roza.

 

foto fotoBersama Embah dan Wak Wah sekeluarga.

 

busana pengantin muslimBersama Kak Yusnisah sekeluarga.

 

tema perkahwinanBersama Nadhirah, Nurfarahin, dan Amirul Wafiy šŸ˜‰

 

kahwin mudaBersama adik-beradik sebelah abah. Cik Ti sekeluarga, Cik Jah sekeluarga, Mak Long, Ucu sekeluarga dan Kak Wa sekeluarga.

 

malaysian weddingBersama adik-beradik sebelah Abah. Along sekeluarga, Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang.

 

pelamin modenBersama my family angkat šŸ˜‰ Thanks Mama sekeluarga datang dari Rasa, Rawang.

 

baju pengantin jawaThanks kengkawan sekolah rendah, SK Simpang Lima, Sungai Besar.

 

hantaran simplei kahwin selangorThanks juga pada Kawan-kawan sekerja daripada Irfan Khairi Sdn. Bhd.

 

catering kuala lumpur

sample kad kahwin

design baju pengantin

 

Bersama dayang-dayang yang diimport khas. Kakak, adik, sepupu dan kawan-kawan kakak šŸ˜‰ Pakaian dayang-dayang disponsor khas oleh my Kakak, Nadia Hazwany. Thank you so much! šŸ™‚

kursus fotografi

catering services

teknik fotografi

banner kahwin

mini pelamin

kek kahwin

kek pengantin

 

 

Selesai majlis perkahwinan kami lebih kurang jam 5 petang, kami teruskan dengan aktiviti photoshoot outdoor. šŸ˜‰

Dimana lokasi outdoor kami? Dekat je. Iaitu di Pantai Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. 5 minit je dari rumah pengantin perempuan.mas kahwin

catering selangor

design hantaran

kad perkahwinan

album kahwin

baju pengantin muslim

catering shah alam

butik pengantin

wedding catering

kad jemputan

majlis perkahwinan

door gift kahwin

katering show

fotografi perkahwinan

design kad kahwin

checklist kahwin

Semua moment-moment terindah ini adalah hasil tangan dari abam Mark Rizam daripada fotokahwinexpress.my. Sangat puas hati!! Sesiapa yang nak tempah servis beliau, boleh la klik link yang saya berikan tadi ya. Confirm tak menyesal! šŸ˜‰

Ok itu saje yang saya nak share untuk posting kali ni. Moga berjumpa lagi.

akad-nikah

[Gambar] Majlis Pernikahan Amim Najmie & Siti Faridah

 

Baru-baru ni iaitu 18hb November 2016 berlangsungnya majlis akad nikah saya yang bertempat di rumah pihak pengantin perempuan di Sungai Besar, Selangor. ( Kampung saya jugak tu šŸ˜‰ )

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar šŸ˜‰

nikah rombongan pihak lelakiBergambar bersama Atuk dan Embah, Sepupu dan Saudara Mara.

hantaran 2016

Kalau ikutkan hati, nak je upload semua gambar kat Facebook, tapi banyak sangat gambar. Nanti takut ramai orang rimas šŸ˜›

Jadi, apa guna ada blog kalau tak digunakan. Betul tak? Lagipun dah lama tak buat posting dalam blog berhabuk ni. Jom tengok gambar sekitar majlis akad nikah saya.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis akad nikah tersebut. Cekidot! šŸ˜€

adik-dan-sepupu

live-nikah

Oh ya, majlis pernikahanĀ saya juga ada secara live streaming. Lol šŸ˜›

Boleh tengok kat sini : https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158609297507453/ dan kat sini:Ā https://www.facebook.com/imahamdan96/videos/1158622920839424/

majlis-nikah

doa-selepas-nikah

bernikah

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Berdebar? Gemuruh? Ada la sikit. Bohong la kalau siapa yang kata tak berdebar kan??

sarung-cincin

nikah

majlis-pernikahan

Bersama Isteri, Siti Faridah Binti Mhd Amin.

 

keluarga-lelaki

pengantin-sebelah-lelaki

Bersama Family saya.

 

keluarga-pengantin-perempuan

Bersama Family sebelah perempuan.

 

sepupu-sepapat

Bersama adik perempuan, dan juga sepupu.

 

Ada banyak lagi moment-moment yang mahu dikongsi. Tapi cukup la tu je dulu. Kalau rajin, nanti akan update lagi ok šŸ˜›

Now, kita cuci mata pulak dengan dulang hantaran ya. Total kesemua dulang hantaran adalah 9 berbalas 7. Ke nak sebut 7 berbalas 9? Entah la. Mana-mana pun sama je kan?

Gubahan hantaran yang lawa superb malatop ni adalah hasil tangan dari Puan Yusnisah Mohd Yusar, pengasasĀ YMY Chocolicious & Crafts. Memang tak boleh disangkal lagi, hasil kerja semua malatop. Dari makanan, gubahan, segala benda. Fuhhh.. Memang cair.

Jom cuci mata sikit. Tapi saya tak upload semua gambar. Ada masa, saya upload semuanya ok. So kat bawah ni adalah beberapa dulang hantaran untuk majlis pernikahan kami.
hantaran

kasut-hantaran

hantaran-perkahwinan

alquran-digital

barang-hantaran

dulang-hantaran

dulang

set-mandian-hantaran

kain-hantaran

set-hantaran

set-sugar-box

Macam mana? Dah cuci mata ke? šŸ˜€

Macam biasalah. Outdoor photography mana boleh terlepas.

outdoor-photography

photoshoot

photography

Semua gambar super duper semasa majlis pernikahan sayaĀ ni,Ā diambil dan ditangkap oleh saudara Mark Rizam. Hasilnya memang sangat puas hati. Tengok jela semua gambar yang saya kongsikan dalam posting ni, memang superb. Bak kata orang, “Memang terbaik dari ladang”.

 

 

Ramai juga yang bertanya, macam mana kenal?

Jawapannya, sejak dibangku sekolah rendah lagi. Ops!. Hahaha. Kami adalah rakan sekelas sejak dari darjah 5 lagi. Tak de cintan cintun ya masa tu. Cuma kawan rapat je šŸ˜›

Alhamdulillah, mungkin jodoh sudah ditentukan, akhirnya kami dijodohkan juga pada 18 November 2016.

Semoga hubungan kami ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn…. šŸ™‚

 

Mana nak dapat motivasi?

 

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com.Ā  Adakalanya kita nak tahu apa yang memberi kita motivasi. Apa yang motivated kan kita. Sebenarnya terpulang kepada kita, terpulang kepada anda. Sebenarnya waktu kita berbeza. Kadang-kadang kewangan menjadi motivasi kita. Kadang-kadang keluarga menjadiĀ  motivasi kita. Kadang-kadang anak menjadi motivasi kita. Kadang-kadang ibu dan ayah menjadi motivasi kita.

Sebenarnya,Ā apa yang boleh memotivasikan diri kita bergantung kepada diri kita sendiri. Contohnya masa muda-muda dulu mungkin duit,Ā wang, atauĀ material memberi kita motivasi. Tapi kalau sekarang kita dah ada anak-anak mungkin anak-anak ini memberi pencetus atau picu memberi kita motivasi.

motivasi_pantasSo, bergantung kepada kita apa keadaan yang memberikan motivasti kepada anda. Tetapi ada satuĀ yang sering kita lupa adalah dalam diri kita sendiri. Apa yang kita sebut tadi adalah luaran, contohnya duitĀ menjadi motivasi kita, mungkin daripada anak-anak, ataupun mungkin daripada suami ataupun isteri. Sama ada ibu ataupun ayah mampu memberi motivasi kepada kita. Tetapi yang paling penting sekali kepada kita adalah yang dalaman.

Dari segi dalaman adalah kita kena self-motivated. Kena boleh memotivasikan diri kita sendiri. Kita kena ada perasaan atau kemampuan. Kita kena jadi better than before. Kita perlu berkemampuan lebih baik daripada sebelum ini. Jadi,Ā itu yang sebenarnya nombor satu yang akan menjadi motivasi kepada diri kita sendiri. Bukan saja yang luaran tetapi juga dalaman. Memanglah kalau kita lihat luaran, kadang-kadang kita fikir its more noble, lebih baik untuk kita lakukan untuk orang lain. Tetapi itu semua mungkin tak tercapai kalau diri sendiri tak mempunyai motivasi dalaman. Kita tidak mempunyai push dalaman untuk berubah.

The think at the end of the day apa yang boleh memotivasikan anda? Saya sendiri yang memberikan motivasi pantas pun bukannya boleh memotivasikan anda, selagi anda tidak mempunyai push anda sendiri untuk memperbaiki diri anda. Betul kan?

So, thatā€™s why, macam mana kadang-kadang kita nak memotivasikan orang itu untuk berhenti merokok? Bagaimana kita nak memotivasikan orang itu untuk menurunkan berat badan? Bagaimana kita nak memotivasikan orang untuk memulakan perniagaan? Tak boleh jawapannya. Tetapi orang tersebut yang perlu memberi push kepada dirinya sendiri dalam dalaman dia sendiri. Jadi, dua-dua itu memang penting. Motivasi luaran penting, motivasi dalaman pun lagi penting.

Tetapi kita sering lupa yang motivasi dalaman ituĀ yang membuatkan kita tak konsisten, kita hilang momentum dan kita selalu berhenti kat tengah jalan. So, lepas ni kita cari kat dalaman kita sendiri, apa yang memberi motivasi kepada diri kita sendiri sama ada luaran dan juga cuba cari dan cuba ciptakan push atau kekuatan dalam motivasi kita sendiri untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Dan di situlah usaha kita menjadi susah untuk kita hentikan. Tak kiralah, jatuh,Ā turun, ataupun gagal. Tak kiralah apa halangan kita lalui, sebab motivasi dalaman ini kuat. Itu membuatkan langkah kita lebih jauh lagi.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan janganĀ  lupa sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Lawati di www.OpenEducation.com.my semua maklumat lanjut ada kat situ. Di mana saya dan juga krew saya membantu ramai usahawan-usahawan internet yang dah berjaya.

Sumber : MotivasiPantas.com

 

Risiko perniagaan Internet?

 

Semua perniagaan mempunyai risiko. Sekurang-kurangnyaĀ kalau bukan risiko dari segi kewangan, risiko dari segiĀ masa yang diluangkan juga sekiranya perniagaan tidak menjadi.

Usahawan perlu berani menghadapi risiko, namun, bukan menghadapi risiko membuta, tetapi juga perlu mempertimbangkan berbagai-bagai perkara sebelum mengambil risiko (calculated risk).

Perniagaan Internet juga tidak lari daripada menghadapi risiko. Namun, oleh kerana kos untuk memulakanĀ perniagaan Internet adalah jauh lebih rendah daripada perniagaan yang memerlukan premis, risiko dapatĀ dikurangkan terutamanya dari segi kos premis, sewa, renovation, overhead kedai dan lain-lain.

3 risiko

Antara risiko perniagaan Internet adalah…

1. Pesaingan yang tinggi

Oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah (lower barrier to entry), pesaing juga akanĀ mudah memulakan perniagaan yang sama. Kini, dengan hanya mempunyai Facebook sahaja, sesiapa sahaja bolehĀ memulakan pernaagaan di Internet.

Peniaga Internet perlu tahu teknik dan strategi cara menangani pesaing di Internet terutamanya dalam keadaan pesaing akan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

2. Teknologi Internet silih berganti

Teknologi Internet berkembang dengan pantas. Sebagai contoh, satu tahun yang lepas iklan tidak bolehĀ diletakkan di Instagram. Kini, usahawan boleh meletakkan iklan di Instagram. Satu tahun yang lepas,Ā live broadcasting belum lagi wujud di Facebook. Kini, setiap minggu saya menggunakan Facebook LiveĀ broadcasting untuk #TanyaIKLive.

Oleh kerana teknologi Internet silih berganti, ia juga merupakan risiko terutamanya untuk usahawan Internet yang tidak terkini dan up to date.

3. Risiko tidak mendapat sebarang pendapatan

Tentunya kegagalan perniagaan adalah risiko tersendri. Tidak semua perniagaan Internet akan terus berjaya. Juga terdapat pelbagai sebab kegagalan perniagaan, dan yang paling penting adalah ilmu dalam strategi perniagaan dan pemasaran media sosial di Internet.

Untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan Internet, usahawan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kaedah pemasaran perniagaan Internet seperti pemasaran Facebook, SEO, pemasaran email, laman web, blog dan lain-lain.

Dengan mengetahui lebih banyak kaedah, maka, lebih banyak cara boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet di samping mengelakkan sebarang risiko perniagaan online!

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Aisyah di 03-77292277.

*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.

girls

Artikel daripada Blog Irfan Khairi

 

jam tangan

Koleksi Jam Tangan Baby G 2016

 

jam tangan

Pada post pada kali ni, saya mahu kongsikan satu artikelĀ mengenaiĀ Jam Tangan Baby G 2016. Seriously tahun iniĀ menjadi Trend kepada mereka yang sukakan koleksi jam untuk penampilan diri mereka.

Bagi peminat jenama jam tangan Jepun Casio, pastinya anda tidak terlepas pandang akan dua koleksi jam sporty keluaran Casio yang cukup terkenal iaitu G-Shock dan Baby G.

Koleksi jam tangan G-Shock yang lebih terkenal dikalangan pembeli lelaki dan koleksi jam tangan Baby-G pula cukup digemari oleh ramai pembeli wanita. Rekaan jam tangan Baby G yang lebih feminine dengan pilihan warna yang ceria menambat hati sesiapa sahaja yang memandangya. Sejak dari awal diperkenalkan di dalam pasaran, Baby G watches ini menjadi tumpuan kaum wanita yang aktif atau mereka yang gemar berpakaian kasual.

Saya boleh jamin, kaum wanita yang melihat koleksi jam jenama Baby GĀ ni pasti tak senang duduk selagi tak dapatkan satu untuk kepunyaan diri sendiri šŸ˜‰

Jam Tangan Baby G 2016

Apa kelebihan Baby G ni? Hampir semua koleksi jam tangan Baby G direka dengan fungsi-fungsi istimewa seperti water resistant dan shock resistant yang menjadikan ia amat tahan lasak dan sesuai dipakai ketika ingin melakukan aktiviti di luar. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti stopwatch, alarm dan lain-lain lagi.

Bagi penggemar jenama Baby G di luar sana, pembelian jam jenamaĀ ini amatlah berbaloi dan melancarkan lagi aktiviti harian mereka. Berikut merupakan beberapa rekaan koleksiĀ jam tangan Baby G onlineĀ 2016 yang boleh anda temui di pasaran;

koleksi-jam-tangan

Lupakan jam digital dan miliki koleksi jam jenamaĀ Baby G dengan rekaan berjarum sepertiĀ yang terpapar pada gambar diatas.

jam-tangan-online

Atau buat pembelian jam digital seperti gambar diatasĀ yang boleh anda temui dalam pelbagai pilihan warna menarik!

Sebenarnya ada banyak lagi design yang menarik yang boleh membuatkan anda semua rambang mata! Confirm tak senang duduk selagi tak dapatkan satu!