Story Best !

Tuesday, December 28, 2010

Saya ingin Menonton Filem Faster!


Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......"



Filem ni diarahkan oleh George Tillman Jr. "Faster" dilakonkan oleh Dwayne Johnson, Billy Bob Thornton, Oliver Jackson-Cohen, Carla Gugino dan Maggie Grace.

Adakah Dwayne Johnson akan berjaya melaksanakan misinya membalas dendam di atas kematian abangnya?
Driver (Dwayne Johnson)akan berjaya melaksanakan misinya kerana dalam filem ini Dwayne seorang yang tabah dan gagah. Ini kita dapat lihat dari babak di mana Dwayne terlantar di hospital akibat di tembak oleh penjenayah dan di atas ketabahan dirinya yang ingin teruskan hidup, beliau bangkit semula!

dwayne johnson “Dwayne Johnson sebagai Driver”
billy bob thorton “Billy Bob Thorton ( tengah ) sebagai polis veteran”







.

Cerita Lain :

Tuesday, December 21, 2010

Nahas Bas : 27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highland terbunuh













SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

# 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

# 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

# 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

# 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

# 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

# 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

# 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

# 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

# 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

# 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

# 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO

Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Rakyat Malaysia


1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon


Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm



Sumber : Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Kosmo Online




.

Cerita Lain :

Monday, December 20, 2010

Tak sangka budak ni dah meninggal ...

Memang tak sangka bila dapat tahu dia sudah meninggal . Mohamad Amirul Shafie namanya. Amim pernah berkomen2 dengan budak(arwah) ni di Myspace sebelum ni.. around bulan mei or jun 2010 macam tu la..

Malam tadi , terjumpa facebook kawan dia. Amim bagi mesej and tanya dia kenal x budak nama Mohamad Amirul Shafie ? Dia balas: Dia dah meninggal lah baru2 ni..

Whats ? Seriously tekejut giler. Then dia suruh search kat youtube ade berita tentang budak ni. Search punya search , memang betul . Mohamad Amirul Shafie sudah pun meninggal dunia. Julai 2010 . Kira baru je ni . Patutlah dia x balas mesej kat Myspace tu.

Bila tengok video ni , sedih tengok keadaan maknya . Apa2 pun takziah untuk keluarga arwah dan semoga tabah menempuh dugaan ni.

Amim doakan semoga Arwah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman. Aminn..
Al-Fatihah..



Video - myMetro


KUALA LUMPUR: Mayat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah parit besar berhampiran Kolam Kumbahan di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini petang semalam ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Mohamad Amirul Shafie Zulkifli ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa yang bermain bola bersama tiga lagi rakannya tergelincir apabila cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam parit itu petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal dan hanya mampu melihat mangsa tenggelam sebelum menjerit meminta pertolongan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohd Nasir Abd Ghani berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Sungai Buloh, Shah Alam dan Petaling Jaya serta dibantu oleh anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau berkata, mayat Mohamad Amirul dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.-Bernama

26 Jul 2010


Maut gara–gara bola

SUNGAI BULOH – Mayat pelajar Tingkatan 1 SMK Sungai Buloh, Muhammad Amirul Shafie Zulkifli, 13, yang lemas ditemui pasukan penyelamat jam 12.30 hari semalam 800 meter daripada tempatnya terjatuh.

Mayat ditemui tersangkut pada celah konkrit dan pasukan penyelamat mengambil masa setengah jam untuk membawa mayat mangsa keluar dari sungai.

Ketua Balai Bomba Sungai Buloh, Nasir Abdul Ghani berkata, anggotanya terpaksa memecahkan konkrit bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

"Mangsa dibawa arus deras dan tersangkut pada celah konkrit di dasar sungai,” katanya.

Seramai 45 anggota terdiri daripada bomba, polis, JPA 3 dan Majlis Bandaraya Shah Alam terlibat dalam operasi yang dimulakan sejak petang kelmarin.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, mangsa dikatakan tergelincir setelah cuba mengambil bola yang terapung di dalam longkang.

"Ada dua biji bola, satu dia sempat kaut dan campak ke darat. Bagaimanapun, ketika cuba hendak mengambil satu biji bola lagi dia tergelincir,” katanya.

Beberapa saksi turut melihat tangan mangsa terkapai-kapai selama beberapa minit sebelum hilang dibawa arus deras.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kes sebagai mati mengejut.

"Mangsa mati akibat lemas dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor yang hadir turut menghulurkan sumbangan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Turut hadir melawat keluarga mangsa, Ketua Angkatan Muda Keadilan Subang, Muhammad Najmi Samsudin dan Yang diPertua Pas Kawasan Subang Mesni Dahalan.

Sinar Harian
27 Jul 2010





.

Cerita Lain :

Copyright Amim Blog