Story Best !

Tuesday, July 27, 2010

Belum Ada Biasiswa ? Tengok nie...


Bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, satu persoalan akan timbul ketika mana mereka sedang sibuk membuat persiapan. “Siapakah yang akan menaja aku nanti di Universiti ?”. Buat yang berkemampuan, persoalan ini mungkin tidak bermain di fikiran mereka untuk jangka masa yang lama.

Banyak peluang tajaan biasiswa sebenarnya boleh diperoleh di negara kita. Sebenarnya terdapat lebih 40 biasiswa yang boleh dipohon setiap tahun. Ya, 40 biasiswa yang telah diketahui menaja mahasiswa setiap tahun.

Jika masih belum mempunyai biasiswa atau masih tercari-cari biasiswa yang boleh anda pohon, Kit Biasiswa merupakan satu panduan yang mampu membantu mengenal pasti biasiswa mana yang sesuai dengan kehendak.

Kit Biasiswa Malaysia 2010




.

Cerita Lain :

Monday, July 19, 2010

Kalau ALLAH itu 'Maha Baik', Mengapa Buat Neraka?

Salam... Hari ni Amim ada dapat satu artikel kat email. Bila dah baca, Amim rasa mcm nak kongsikan pulak kt korang. Apa kate korang bace kejap. Pendek je cerita ni. Luangkan masa kejap..

>>>>>>>>>>Jom baca email yg Amim dapat ni<<<<<<<<<<<

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "


>>>>>>>>>>rindu<<<<<<<<<<<



.

Cerita Lain :

Tuesday, July 13, 2010

I-City, Shah Alam


Ok, Kali ni Amim nak cerita pasal I-City yang tengah popular sekarang nie.. Extually, Amim dah pergi I-city ni 4 kali dah.. sengihnampakgigi

Hehehe. Apa yang bezanya, ini adalah kali ke-4 Amim datang sini dan banyak penambahan baru telah dibuat kat I-City ni. Parking pun telah dibanyakkan. Dan orang pun semakin ramai. Huhu...

Sesiapa yang dah pergi I-City, apa komen korang? Best x? Huhuhu..

Ok, post kali ni ada kaitan dengan post sebelum ni. Seperti yang Amim ceritakan sebelum ni, Amim pergi ke road tour magika, dan lepas tu terus pergi tengok wayang cerita Zoo. So, lepas tu Amim pergi lah ke I-City ni.. Yeah. Its Happy Time together.. :)

Lets check it out all the picture... kenyit


sengihnampakgigi


My Friend, Adik Amim, & Amim






Tuh dia!! Mamat poyo.. HAHAHA






Best gak la menunggang panda nih. AHAH,


Comey x? kenyit






Amim & Afi Azri


Alahai. Comey lak tengok si Adik ni pozing. hehe..

Ok, Amim kongsikan gambar ni je.. Sebenarnya banyak lagi gambar yang Amim nak share.. Tapi kalo banyak2 nanti, korang pulak yang boring tengok. Huhuhu.. Kepada korang2 yang belum pergi lagi, apa kata try pergi sini.. BESTT!!




.

Cerita Lain :

Monday, July 12, 2010

Filem Zoo


Ok, sebenarnya post kali ni berkaitan dengan post sebelum ni. Post sebelum ni Amim ada ceritakan pasal Road Tour Filem Magika . Lepas je Amim pergi tengok Road Tour tu, Amim tak terus balik rumah. Tapi Amim pergi tengok wayang. Saje2 nak hilangkan boring. Huhuu..

Korang pun dah tengok kan poster kat sebelah tu. Filem Zoo. Yeah. Amim tengok filem Zoo. Korang dah tengok blum? Apa komen korang tentang filem ni? Bagi Amim, amim akan bagi 4.5/5 bintang.. Best giler cite nie. Tak boring. Jalan ceritanya pun menarik.

Rasanya berbaloi gak la tengok filem ni. Tapi itu pendapat Amim la. Lain orang, lain pendapatnya. peace


TRAILER filem Zoo, Klik Sini

Ok, lepas Amim pergi Road Tour Filem Magika, Amim pergi tengok wayang pulak cerita Zoo. Memang best. Lepas tu, Amim tak terus balik lagi. Lepas je tengok wayang, Amim pergi ke salah satu tempat yang dipanggil "City Of Light". Tau apa tempat tu? Kalau tak tau, nantikan post Amim yang seterusnya. sengihnampakgigi



.

Cerita Lain :

Road Tour Filem Magika


Seperti yang Amim bagitahu pada post yang lepas, Road Tour Filem Magika akan berada di Jusco, Bukit Raja, Klang pada 10 Julai 2010. Sesape ade pegi? Bawah ni antara gambar2 semasa di tempat kejadian jelir

Ops, lupe.. Jangan lupa tengok filem ni ok.. Serious best giler! Rugi kalau tak tengok. Akan berada di pawagam 23 September 2010 ini..

Pelakon2 filem Magika ni memang MANTOP.. Kesemuanya membabitkan lebih 15 artis popular. Antaranya ialah Mawi, Diana Danielle, Fimie(Hikayat putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M.Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor. Pengarah untuk filem ni ialah Edry Abdul Hakim(KRU).



Jom tengok TRAILER untuk filem ni kat sini. Klik Sini

Sorie, panjang sangat cerita. Huhuhu.. Ok, sekarang jom tengok gambar di sekitar Bukit Raja Klang.





























Ok. ini je yang Amim dapat kongsikan. Lepas je habis Road Tour ni, Amim tak terus balik. Tapi pergi tengok wayang jap. Nak tau cerita apa yang Amim tengok? Ok, tunggu post akan datang kenyit



.

Cerita Lain :

Tuesday, July 6, 2010

Sungai Dalam Laut...?



Ok, korang pernah tak dengar tentang ada satu sungai dalam laut. Emm, pelik kan.

Inilah kehebatan kekuasaan dan ciptaan Allah..

Tahu tempat ni kat mana? Yeah, sungai ni berada di dalam lautan Malaysia Mexico. Kalau Amim tengok, memang seram nak masuk kat dalam tu. Mana tak nya, buatnya tak keluar balik macam mana kan. Hehe.. :)

Sungai dalam laut ni mengandungi gas hidrogen sulfide (H2S) yang boleh membahayakan hidupan laut. Tapi tidak bahaya kepada manusia. So, korang2 yang nak merasa berenang dalam ni, di alu-alukan pergi ke Mexico, ok? sengihnampakgigi
Meh tengok video kat bawah..


Camne boleh jadi ni? Em, dikatakan ada kaitan dengan gunung berapi, magma dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sungai bawah laut yang terjadi di perairan Cenote Angelita, Mexico ni dalamnya 60 meter. Em, Amim tak berapa tau sangat tentang perkara ni. Korang boleh try tanya pakcik google pon ok kalau nak tahu lagi detail tentang ni. peace

Ok, jom kita usha apa yang diorang buat kat dalam 'sungai' dalam tu tu rindu









Hebatnya ciptaan Allah....



.

Cerita Lain :

Copyright Amim Blog